Tuesday, October 27, 2009

kekecewaan seorang sahabat..T_T

aku ni bukanla elok sangat orangnya...
tapi aku still sedih dengan ragam kawan kawan aku kat facebook, friendster dll.

kenapa?

sebab keterbukaan diorang dalam meluahkan perasaan...

aku nak tegur tapi hanya mampu memprotes di hati...itulah selemah-lemah iman...T_T

contoh la kan,menggunakan swear word yang melampau suc as f**k,s**l dll...itu contoh jer...TOLONG JANGAN PRAKTIKKAN

dengan application yang kononnya meramal nasib...bukankah ia haram di sisi syariat??
pada diorang hiburan semata-mata...tapi sedangkan amalan sekecil zarah diambil kira oleh Allah..

sedikit sebanyak ia dapat mencemar akidah...

YA ALLAH..LINDUNGILAH DIRIKU DAN SAHABAT-SAHABATKU DARIPADA MEMPERSEKUTUKAN MU YA ALLAH...

HANYA ENGKAU YANG MAHA BERKUASA KE ATAS SEGALA SESUATU..

baru-baru ni,ada kawan aku main game remove bra...dia seorang lelaki...kawan2 yg laen suka...bukan nak marah...alasan:hiburan
tapi di situ bukan cartoon atau lukisan...gambar manusia...walaupun hanya body belakang jer,masalahnya diorang dah tengok aurat wanita yang haram buat mereka....

YA ALLAH,tak terdaya aku nak halang bila kawan2 lain suka dan main juga...
sekali lagi...selemah-lemah iman...

inilah habuan internet...
aku lebh rela adik aku buta internet daripada terjebak dengan benda-benda yang kononnya remeh ni...
sikit-sikit lama2 jadi bukit...

YA ALLAH perbaikilah urusan duniaku...
aku berserah kepada-Mu...
tapi,berilah aku kekuatan untuk memperjuangkan kebenaran...

sambung ta'aruf...^_^

assalamualaikum...
aku baru perasan yang aku belom intro diriku betul2...kui3

tapi apa lg aku nak cerita ek??

ha...dapat idea...kot...haha

ok ok...nak story bout my interest lah...^_^

sebagai gadis remaja, mestilah aku sangat minat dengan k-pop!!!
aku minat gitu2 jer...lagu n show mereka jer...pasal befday,asal,single ke x,aku tak amek tahu...

so,dari lagu n show diorang,aku memperalatkannya dengan minat aku yang lagi 1..haha
sebenarnya,aku pernah nak jadi linguist...tapi parents aku tak bagi...lagipon,aku da serasi dengan science....
aku suka kumpul2 ayat dari pelbagai bahasa...ala...ayat basic je...hello,thank u, bye2,apa khabar dan yang sewaktu dengan kebasicannya...haha!

so aku belaja bhsa korea sikit2...niat aku,nak menuntut ilmu...
lagipon,dah alang-alang aku suka dengar lagu dari SUPRJUNIOR,DBSK,SHINEE & WONDERGIRLS,baik aku faham sekali...hehe

alhamdulillah,ada kawan tolong aku untuk improve korea aku dengan memperkenalkan aku kepada seorang guru english dari korea!!!yeayyy!!!
dia tolongla sikit2...
eheh

aku belum reti pon nak berbahasa korea....tolong jangan salah sangka ye...
sebab aku ada komitmen lain yakni study di u....
seriously speaking, memang tak sampai 1% ilmu aku pasal bahasa korea nih...
SO,JANGAN NAK NGADA-NGADA MINTAK TRANSLATION KOREA DENGAN AKU...haha!

aku still suka kumpul bahasa asing...alphabet pon jadilah...tapi bukan untuk tujuan menunjuk-nunjuk...na'udzubillah....
like i said,hobby je...^_^

aku suka seni macam theatre,dance et cetera...tapi melihat kepada ketiadaan batas pergaulan,aku cuba buang minat aku nih..wuwu

nak citer ape lagi hah?

sebab i'm still new here...ni baru post ke 3...siapa-siapa yang lebih banyak pengalaman,share dengan aku taw!!

tujuan nak buat blog:nak luah perasaan dan nak orang bagi pandangan..^_^

nak kongsi ilmu yang ada...insyaAllah...^_^

Monday, October 26, 2009

salam ta'aruf....akhirnya!!!hehe


Assalamualaikum semua..^_^
sebelum ni ada 2 post tapi aku da buang sebab bila aku tengok balik, tak ada manfaat langsung..huhu
anyway, boleh kan kalau aku nak introduce diri ini?
kalau tak boleh, nak jugak!!!haha.=p
yela kan, tak kenal maka tak cinta...heehee

anyway, my full name is erni amalina and aku tinggal somewhere di johor...eheh
sekarang alhamdulillah diberi peluang study kat UKM bangi...tapi, agak tak best bila aku,seorang budak hayat di matrix, telah dicampak di pusat applied physics...uhu...
aku pon bertungkus lumus cari cara nak tukar course..sebab arghhh!!!mana boley aku amek physix!!!hancur!!!
cinta aku kat biology semata-mata..huhu...biology best.hafal keyword je...pastu hurai hurai...habis story...
tapi physix,kena hafal formula,lepas tu kena apply, lepas tu ada kira-kira...uwaa!!!itu bukan kemahiran aku..T_T

aku berkejar sana sini nak tukar course..tapi, prosesnya amatlah, AMATLAH rumit..huhu...jadi aku pun tak kuasa nak ulang alik lagi....nanti, PTPTN pulak problem...haiih...banyak sungguh dugaan...jadi aku pon pasrah...

bila direnung semula,aku pernah complain kat matrix, yang hafal biodiversity itu adalah suatu penyeksaan!!!argkh!!!!
jadi mungkin sebab aku complain, maka aku tidak layak lagi nak belajar bio yang kononnnya aku cinta..

dan aku pujuk diri aku...sebab ALLAH TAKKAN BERI APA YANG KITA NAK..TAPI ALLAH AKAN BERI APA YANG KITA PERLUKAN...^_^

munkin kerana aku dah banyak sangat menghafal, jadi Allah nak aku menggunakan otak untuk calculations pulak...sebab itu adalah kemahiran yang aku x mahir...uhu...

aku ada cireta kat sorang kawan aku nih...dia pujuk gak...dia kata, "apa yang awak tak tahu, diorang tahu. TAPI APA YANG AWAK TAHU, DIORANG PULAK TAK TAHU. CHALLENGE YOURSELF."wah!makin terpujuk rasa hati ini...ditambah pula dengan lecturer yang basuh aku habis-habisan sebelum itu...kui3
rupanya, lecturer aku pon senasib dengan aku...tapi akhirnya dia berjaya dengan hebat sekali..

THE LIMIT IS WITHIN YOURSELF...^_^ ALHAMDULILLAH....TERIMA KASIH YA ALLAH...

p/s:now, aku dah cinta kat calculations pulak..yelah, kalau tak suka, nanti aku yang sengsara..uhu...

Thursday, April 30, 2009

Salahuddin al-Ayubi Penakluk Jerusalem



NAMA Salahuddin Yusuf bin Ayyub صلاح الدين يوسف ب


KETURUNAN Kurdish


RIWAYAT 532 H-589 H (1138 M-1193 M)


TEMPAT LAHIR Tikrit, Iraq


TARIKH MENINGGAL 27 Safar 589 H


TEMPAT MENINGGAL Damsyik, Syria


AYAH Najmuddin Ayyub (gabenor)


SAUDARA LELAKI Asaduddin Shirkuwah




KRONOLOGI


Salahuddin berusia 17 tahun
- mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik
- menjadi panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara
- membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.


559 Hijrah (1164 Masihi)
- menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir
- berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah


(Januari 1969 Masihi)
- Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin.Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
-Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan


Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi)
- khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir
- beliau membina kota pertahanan di Kaherah


583 Hijrah (1187 Masihi)
- berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin
- Salahuddin sendiri yang memimpin dalam perang ini hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis dan berjaya menakluknya


588 Hijrah (1192 Masihi)
- berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian
- mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam dengan menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian tetapi tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi



MUTIARA HIKMAH




  • Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.


  • Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.


  • Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.


  • Sangat berbakat hasil didikan agama yang kukuh dan juga kemahiran berperang yang dipupuk sejak kecil.


  • Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian.


  • Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.


  • Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.