Thursday, April 30, 2009

Salahuddin al-Ayubi Penakluk Jerusalem



NAMA Salahuddin Yusuf bin Ayyub صلاح الدين يوسف ب


KETURUNAN Kurdish


RIWAYAT 532 H-589 H (1138 M-1193 M)


TEMPAT LAHIR Tikrit, Iraq


TARIKH MENINGGAL 27 Safar 589 H


TEMPAT MENINGGAL Damsyik, Syria


AYAH Najmuddin Ayyub (gabenor)


SAUDARA LELAKI Asaduddin Shirkuwah




KRONOLOGI


Salahuddin berusia 17 tahun
- mula berkhidmat dengan Nur al-Din di Damsyik
- menjadi panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara
- membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.


559 Hijrah (1164 Masihi)
- menyertai ekspedisi bersama-sama Shirkuh yang dihantar oleh Nur al-Din bagi menentang tentera Salib di Mesir
- berjaya mengusir Amaury dari Mesir pada 1 Rabiulakhir 564 Hijrah


(Januari 1969 Masihi)
- Selepas Shirkuh meninggal dunia, tempatnya diganti oleh Salahuddin.Pada masa sama, Nur al-Din melantik beliau sebagai panglima angkatan tentera Syria.
-Bagi memperkukuhkan tentera Islam, Salahuddin meminta negara Islam diurus di bawah satu pemerintahan


Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi)
- khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayubi sebagai Sultan Mesir
- beliau membina kota pertahanan di Kaherah


583 Hijrah (1187 Masihi)
- berlaku Perang Salib kedua, yang juga dikenali sebagai Perang Hittin
- Salahuddin sendiri yang memimpin dalam perang ini hingga membuka jalan mudah untuk menawan kembali Baitulmaqdis dan berjaya menakluknya


588 Hijrah (1192 Masihi)
- berlaku Perang Salib ketiga, hasil dendam dan kekecewaan golongan pembesar Kristian
- mereka berusaha merampas semula Baitulmaqdis daripada orang Islam dengan menggabungkan seluruh kekuatan negara Kristian tetapi tidak mampu menggugat kekuatan tentera Salahuddin al-Ayubi



MUTIARA HIKMAH




  • Ketika hayatnya, beliau lebih banyak berada di khemah perang daripada duduk di istana bersama keluarga. Siapa saja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila hendak memulakan jihad melawan tentera salib, beliau akan menumpukan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tentera.


  • Di medan perang, beliau bagaikan seorang ibu garang kehilangan anak tunggal. Beliau bergerak dari satu hujung medan peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah.


  • Beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok tanah air dengan mata yang berlinangan mengajak manusia supaya bangkit membela Islam.


  • Sangat berbakat hasil didikan agama yang kukuh dan juga kemahiran berperang yang dipupuk sejak kecil.


  • Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin ketika peperangan sangat jauh berbeza daripada kekejaman tentera Kristian.


  • Lane-Poole (penulis Barat) mengesahkan, kebaikan hati Salahuddin mencegahnya daripada membalas dendam. Beliau menulis bahawa Salahuddin menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang Kristian menyerah kalah. Tenteranya sangat bertanggungjawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan sehingga tidak ada kedengaran orang Kristian dianiaya.


  • Selanjutnya Lane-Poole menuliskan mengenai tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitulmaqdis kali pertama pada 1099. Tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem, jalan itu dipenuhi mayat, orang Islam yang tidak bersenjata diseksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat di atas bumbung dan menara rumah ibadat.